Carian

Isnin, 18 April 2011

LUKISAN

Lukisan merupakan satu teknik menggambar atau hasil kerja seni yang dibuat untuk
meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau
menggunakan warna paling minimum.
  •  Lukisan adalah lanjutan daripada kegiatan melakar sebagai satu proses menghasilkan imej untuk tujuan luahan perasaan secara spontan.

  • Lukisan juga merupakan proses awal atau lakaran ringkas bagi merakamkan
    informasi visual kepada kegiatan lain seperti catan, cetakan, seni grafik, arca, kolej dan montaj.
Lukisan juga adalah satu karya seni atau hasil kerja seni yang dihasilkan di atas
sesuatu permukaan rata.
  •  Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel (contoh pensel B hingga 6B), pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat, krayon, pen marker, marker pelukisan dan kapur.
  •  Proses melakukan garisan, melorek ton dan menggosok juga dinamakan lukisan.

  • Aplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan ke atas sesuatu hasil kerja
    dinamakan lukisan.

  • Lukisan bergantung kepada penggunaan garisan yang nyata.


Antara hasil karya lukisan


Lukisan potret hasil karya aku

Lukisan potret Sultan Haji Sultanah Bolkiah
Hasil karya kawan seperjuangan aku( Taman Astakona) di UPSI

Lukisan aku menggunakan charcoal (arang)

Lukisan perspektif

Lukisan mempunyai pelbagai teknik dan kaedah. Melukis memerlukan latihan yang berterusan. Buku 'sketch' perlu ada setiap individu yang ingin bergelar seniman seni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan