Carian

Isnin, 18 April 2011

ABSTRAK



         Abstrak boleh didefinisikan sebagai satu gambaran yang dipermudahkan dari segi bentuk dan imej sebenar.Proses pengolahan karya abstrak perlu diolah pada bentuk dan kualiti objek kepada rupa bentuk yang mustahak atau asas.Namun ianya kadangkala sukar dikenali dan sangat berbeza dengan imej asal.Olahan ini juga perlu dikenali sebagai seni bukan objektif atau bukan seni figuratif. Abstrak juga  perluahan perasaan menerusi kebebasan penggunaan warna dan sapuan berus.Aksi proses berkarya menjadi subjek dan kebanyakkannya catan bersifat tidak representasi(non-representational) kecuali imbasan figura yang kelihatan samar,Sapuan berus mereka disifatkan sebagai spontan,eskpresif dan agresif.Ia lebih merangsang penglihatan dan bukan memperkenalkan imej yang menarik.
Contoh karya abstrak


Abstrak memerlukan proses bagi menghasilkan sesuatu karya. Tidak mungkin suatu bentuk abstrak datang begitu sahaja tanpa melakukan proses penghasilan. Proses boleh dilakukan dengan dua cara. Pertama ialah dengan menggambarkan bentuk alamnya terlebih dahulu. Bentuk alam itu harus difahami sampai bentuk terperinci termasuk karakter bentuk itu. Selanjutnya dilakukan menyerdehanakan bentuk, dengan menghilangkan bahagian – bahagian yang tidak perlu. Proses penyederhanaan bentuk itu dilakukan beberapa tahap sampai dicapai bentuk yang diinginkan. Bentuk yang tampil adakalanya masing dapat diteka dan adakalanya tidak. Wujud bentuk yang tidak dapat lagi diteka itu disebabkan proses abstrak yang sangat ekstrem dan jauh menyimpang (misled) dari bentuk naturalnya. Sebagai contoh dapat dilihat proses abstrak seekor lembu yang dilakukan oleh pelukis Theo van Doesburg.

Kedua, proses abstrak tidak diwujudkan dalam bentuk gambaran sebagaimana yang dilakukan Theo van Doesburg. Proses abstrak dilakukan di dalam fikiran dan perasaan si seniman itu. Proses ini berjalan dengan renungan secara mendalam, renungan boleh dilakukan dalam waktu pendek dan boleh juga dalam waktu yang sangat panjang. Apabila kematangan telah tercapai maka ia akan meledak menjadi luahan atau ekspresi yang tidak tertahan. Garis demi garis, bentuk demi bentuk akan meluncur secara spontan sampai lukisan itu selesai.
Secara sejarahnya, seni lukisan abstrak sangat berkait dengan gambar. Peninggalan-peninggalan prasejarah memperlihatkan bahawa sejak ribuan tahun lalu, nenek moyang manusia telah mulai membuat gambaran pada dinding-dinding gua untuk menceritakan bahagian-bahagian penting mengenai kehidupan mereka. Dengan demikian, seni abstrak lebih pada pengertian cara berfikir, bersikap ataupun idea serta konsep-konsep asas yang tidak semata-mata rasional tetapi lebih pada keyakinan akan naluri dan perasaan yang paling mendalam akan kewujudan karya-karya seni yang diciptakanitu. Perkataan abstrak yang diaplikasikan untuk karya-karya seni yang mempunyai dua erti itu ( ambiguity) sesungguhnya sangat berguna dalam mendedahkan kedua-dua erti dan kebingungan yang tidak dapat dipisahkan dari aspek itu. Mungkin dengan selalu menyimpan dalam ingatan pengertian kata kerja dan kata benda dari perkataan 'abstrak' itu akan dapat membantu untuk memperjelaskan karya.

SEMI ABSTRAK


Semi abstrak bermaksud gambaran imej sebenar yang diubah suai dan dipermudahkan atau dimujaradkan. Walau bagaimanapun, imej tersebut masih dikenali dan masih mempunyai ciri-ciri sebenar dari imej yang digambarkan. Kebanyakan karya yang dihasilkan dalam aliran impressionisme, kuibisme, dan surealisme memaparkan imej semi abstrak. Pengkarya bentuk dan aplikai warna. (Seni lukis ) gaya seni moden separa abstrak yang menggambarkan sesuatu objek dalam bentuk geometri tertentu. Semi bermakna separuh atau sebahagian. Manakala semi absrtak pula bermakna separuh abstrak.



Semi abstrak begitu sinonim dengan aliran yang telah dinyatakan tadi.Kubisme merupakan aliran yang paling radikal dan berpengaruh besar terhadap dalam perkembangan aliran seni rupa era abad 20an termasuk dalam semi abstrak. Diasakan oleh Pablo Picaso dan George Braque di Paris pada tahun 1970, tujuan utamanya adalah membebaskan bentuk-bentuk dari rupa semulajadi kepada satah-satah visual serta memperlihatkan kepelbagaian sudut pandangan dalam sesebuah karya. Ciri dari aliran ini adalah memgaplikasikan bentuk-bentuk realisme ke dalam bentuk geometri dengan pendekatan bentuk dan warna dia atas kanvas yang  diibaratkan sebagai media pecahan kaca.



Contoh karya semi abstrak

Tidak terlalu mudah untuk seseorang pengkarya dalam aliran ini melahirkan buah-buah pemikiran dalam melakar idea pada dada kanvas yang masih terdampar kosong. Sebelum pengkarya melakarkan idea dalam karya mereka, mereka perlulah memahami dengan mendalam mengenai aliran abstrak, semi-abstrak dan apa itu “creative drawing”.

Semi abstrak merupakan antara gaya penampilan imej yang dilakarkan oleh pengkarya. Gaya penampilan adalah cara imej yang dilukis atau dilakarkan dalam sesebuah karya. Gaya penampilan yang disampaikan adalah untuk menyampaikan maksud, menyampaikan emosi dan menyampaikan nilai estetika dan falsafahnya yang tersendiri. Jelas bahawa semi abstrak merupakan suatu karya gaya penampilan lukisan mahupun catan mengubah sesuatu imej yakni mempermudahkan lagi bentuk tetapi bentuk yang diolah masih boleh dikenali. Seni ini sangat kreatif.


LUKISAN KREATIF



Sebelum menjelaskan lebih lanjut mengenai lukisan kreatif, setiap individu perlu memahami maksud kretiviti. Kreativiti merupakan keupayaan individu membuat sesuatu itu lebih baik, lain daripada yang lain dan luar biasa. Contohnya, Stephen Mark Elliot Zuckerberg yang menjadi pelopor idea yang luar biasa. Lukiskan kreatif bermaksud lukisan yang luar biasa yang lain dari yang lain. Lukisan kreatif juga berkait rapat dengan realisme dan surealisme. Lukisan ini menggambarkan keunikan dalam hasil karyanya. Lukisan diolah menjadikannya lukisan itu lebih menarik perhatian. Antara lukisan kreatif ialah grafiti. Kebiasaanya, lukisan kreatif mengambarkan imej 3 dimensi. Ini bermakna lukisan itu lebih realistik. Lukisan kreatif juga boleh digabungkan dengan lukisan abstrak. Antara pengkarya lukisan kreatif ialah Paul Kuczynski. Dia mengubah lukisan dengan kreatif dan memberi makna tersendiri kerana banyak sindirin yang terdapat. Kesimpulannya, lukisan kreatif merupakan lukisan hasil daripada idea yang luar biasa dihasilkan oleh pengkarya. Lukisan kreatif sememangnya menarik perhatian pemerhati atau penonton.

Contoh karya


Jika digabungkan kesemua jenis-jenis aliran ini, terbentuk karya yang cukup menganggumkan,,,,,,,,,,


Tiada ulasan:

Catat Ulasan