Carian

Isnin, 18 April 2011

ABSTRAK



         Abstrak boleh didefinisikan sebagai satu gambaran yang dipermudahkan dari segi bentuk dan imej sebenar.Proses pengolahan karya abstrak perlu diolah pada bentuk dan kualiti objek kepada rupa bentuk yang mustahak atau asas.Namun ianya kadangkala sukar dikenali dan sangat berbeza dengan imej asal.Olahan ini juga perlu dikenali sebagai seni bukan objektif atau bukan seni figuratif. Abstrak juga  perluahan perasaan menerusi kebebasan penggunaan warna dan sapuan berus.Aksi proses berkarya menjadi subjek dan kebanyakkannya catan bersifat tidak representasi(non-representational) kecuali imbasan figura yang kelihatan samar,Sapuan berus mereka disifatkan sebagai spontan,eskpresif dan agresif.Ia lebih merangsang penglihatan dan bukan memperkenalkan imej yang menarik.
Contoh karya abstrak


Abstrak memerlukan proses bagi menghasilkan sesuatu karya. Tidak mungkin suatu bentuk abstrak datang begitu sahaja tanpa melakukan proses penghasilan. Proses boleh dilakukan dengan dua cara. Pertama ialah dengan menggambarkan bentuk alamnya terlebih dahulu. Bentuk alam itu harus difahami sampai bentuk terperinci termasuk karakter bentuk itu. Selanjutnya dilakukan menyerdehanakan bentuk, dengan menghilangkan bahagian – bahagian yang tidak perlu. Proses penyederhanaan bentuk itu dilakukan beberapa tahap sampai dicapai bentuk yang diinginkan. Bentuk yang tampil adakalanya masing dapat diteka dan adakalanya tidak. Wujud bentuk yang tidak dapat lagi diteka itu disebabkan proses abstrak yang sangat ekstrem dan jauh menyimpang (misled) dari bentuk naturalnya. Sebagai contoh dapat dilihat proses abstrak seekor lembu yang dilakukan oleh pelukis Theo van Doesburg.

Kedua, proses abstrak tidak diwujudkan dalam bentuk gambaran sebagaimana yang dilakukan Theo van Doesburg. Proses abstrak dilakukan di dalam fikiran dan perasaan si seniman itu. Proses ini berjalan dengan renungan secara mendalam, renungan boleh dilakukan dalam waktu pendek dan boleh juga dalam waktu yang sangat panjang. Apabila kematangan telah tercapai maka ia akan meledak menjadi luahan atau ekspresi yang tidak tertahan. Garis demi garis, bentuk demi bentuk akan meluncur secara spontan sampai lukisan itu selesai.
Secara sejarahnya, seni lukisan abstrak sangat berkait dengan gambar. Peninggalan-peninggalan prasejarah memperlihatkan bahawa sejak ribuan tahun lalu, nenek moyang manusia telah mulai membuat gambaran pada dinding-dinding gua untuk menceritakan bahagian-bahagian penting mengenai kehidupan mereka. Dengan demikian, seni abstrak lebih pada pengertian cara berfikir, bersikap ataupun idea serta konsep-konsep asas yang tidak semata-mata rasional tetapi lebih pada keyakinan akan naluri dan perasaan yang paling mendalam akan kewujudan karya-karya seni yang diciptakanitu. Perkataan abstrak yang diaplikasikan untuk karya-karya seni yang mempunyai dua erti itu ( ambiguity) sesungguhnya sangat berguna dalam mendedahkan kedua-dua erti dan kebingungan yang tidak dapat dipisahkan dari aspek itu. Mungkin dengan selalu menyimpan dalam ingatan pengertian kata kerja dan kata benda dari perkataan 'abstrak' itu akan dapat membantu untuk memperjelaskan karya.

SEMI ABSTRAK


Semi abstrak bermaksud gambaran imej sebenar yang diubah suai dan dipermudahkan atau dimujaradkan. Walau bagaimanapun, imej tersebut masih dikenali dan masih mempunyai ciri-ciri sebenar dari imej yang digambarkan. Kebanyakan karya yang dihasilkan dalam aliran impressionisme, kuibisme, dan surealisme memaparkan imej semi abstrak. Pengkarya bentuk dan aplikai warna. (Seni lukis ) gaya seni moden separa abstrak yang menggambarkan sesuatu objek dalam bentuk geometri tertentu. Semi bermakna separuh atau sebahagian. Manakala semi absrtak pula bermakna separuh abstrak.



Semi abstrak begitu sinonim dengan aliran yang telah dinyatakan tadi.Kubisme merupakan aliran yang paling radikal dan berpengaruh besar terhadap dalam perkembangan aliran seni rupa era abad 20an termasuk dalam semi abstrak. Diasakan oleh Pablo Picaso dan George Braque di Paris pada tahun 1970, tujuan utamanya adalah membebaskan bentuk-bentuk dari rupa semulajadi kepada satah-satah visual serta memperlihatkan kepelbagaian sudut pandangan dalam sesebuah karya. Ciri dari aliran ini adalah memgaplikasikan bentuk-bentuk realisme ke dalam bentuk geometri dengan pendekatan bentuk dan warna dia atas kanvas yang  diibaratkan sebagai media pecahan kaca.



Contoh karya semi abstrak

Tidak terlalu mudah untuk seseorang pengkarya dalam aliran ini melahirkan buah-buah pemikiran dalam melakar idea pada dada kanvas yang masih terdampar kosong. Sebelum pengkarya melakarkan idea dalam karya mereka, mereka perlulah memahami dengan mendalam mengenai aliran abstrak, semi-abstrak dan apa itu “creative drawing”.

Semi abstrak merupakan antara gaya penampilan imej yang dilakarkan oleh pengkarya. Gaya penampilan adalah cara imej yang dilukis atau dilakarkan dalam sesebuah karya. Gaya penampilan yang disampaikan adalah untuk menyampaikan maksud, menyampaikan emosi dan menyampaikan nilai estetika dan falsafahnya yang tersendiri. Jelas bahawa semi abstrak merupakan suatu karya gaya penampilan lukisan mahupun catan mengubah sesuatu imej yakni mempermudahkan lagi bentuk tetapi bentuk yang diolah masih boleh dikenali. Seni ini sangat kreatif.


LUKISAN KREATIF



Sebelum menjelaskan lebih lanjut mengenai lukisan kreatif, setiap individu perlu memahami maksud kretiviti. Kreativiti merupakan keupayaan individu membuat sesuatu itu lebih baik, lain daripada yang lain dan luar biasa. Contohnya, Stephen Mark Elliot Zuckerberg yang menjadi pelopor idea yang luar biasa. Lukiskan kreatif bermaksud lukisan yang luar biasa yang lain dari yang lain. Lukisan kreatif juga berkait rapat dengan realisme dan surealisme. Lukisan ini menggambarkan keunikan dalam hasil karyanya. Lukisan diolah menjadikannya lukisan itu lebih menarik perhatian. Antara lukisan kreatif ialah grafiti. Kebiasaanya, lukisan kreatif mengambarkan imej 3 dimensi. Ini bermakna lukisan itu lebih realistik. Lukisan kreatif juga boleh digabungkan dengan lukisan abstrak. Antara pengkarya lukisan kreatif ialah Paul Kuczynski. Dia mengubah lukisan dengan kreatif dan memberi makna tersendiri kerana banyak sindirin yang terdapat. Kesimpulannya, lukisan kreatif merupakan lukisan hasil daripada idea yang luar biasa dihasilkan oleh pengkarya. Lukisan kreatif sememangnya menarik perhatian pemerhati atau penonton.

Contoh karya


Jika digabungkan kesemua jenis-jenis aliran ini, terbentuk karya yang cukup menganggumkan,,,,,,,,,,


SEJARAH

SEJARAH LUKISAN

Lukisan Tamadun Melayu

Seni tampak atau seni visual telah lama berkembang di Malaysia. Adalah dipercayai lebih dari 200 tahun dulu. Namun kewujudan seni ini hanya menjadi satu kepentingan pada negara mulai tahun 1930-an saja. Perkembangan seni lukis di Malaysia saya akan upload di lain hari.

Lukisan Tamadun Islam
Dalam budaya islam, penghasilan hasil seni yang bermotifkan haiwan atau sebarang motif lain adalah dibenarkan. Tetapi hasil seni yang bermotifkan agama adalah amat dilarang. Gambaran yang melibatkan penghasilan lakaran berunsur geometri yang abstrak atau motif bunga-bungaan sering digunakan. Penghasilan motif ini digunakan dalam bidang pembinaan dan kaligrafi yang terdapat pada binaan masjid dan buku-buku agama termasuk kitab suci al-Quran. Lakaran-lakaran abstrak ini bukanlah suatu yang dianggap baru, tetapi ianya sudah lama digunapakai sejak zaman Pra-Klasik dan juga zaman Barbarian. Seorang illustrator, M. C. Escher telah memperkenalkan lukisan geogmetri islam ini ke dalam dunia barat yang bermotifkan bunga-bungaan.

Seni lukis pada zaman ini turut dikenali sebagai seni halus. Seni lukis bermula pada zaman Khalifah Muawiyah di Damsyik dan ia biasanya tertera pada helaian safhah al-Quran ygn dihisai dgn corak lukisan bunga dan gambar berbentuk Arabesque dgn pilihan warna emas. Dalam seni islam, pelukis diharamkan membentuk dan melukis makhluk yang bernyawa, namun lukisan ini dibolehkan hanya dengan bertujuan kerana keperluan yang diiktiraf seperti untuk kegunaan pendidikan. Seni lukis ula bermula pada zaman khalifah Muawiyah di Damsyik dan ia biasnya tertera pada helaian-helaian safhah a-Quran yang dihiasi dengan corak lukisan bunga dan gambar berbentuk araesque dengan pilihan warna emas, buku-buku sejarah yang dihiasi dengan gambar-gambar warna yang cantik seperti kitab al-Tarikh Syahnama dan buku hikayat alfun alLaial dan buku-buku cerita. Seni lukis Islam biasanya terhad kepada lukisan keindahan alam dan tidak termasuk benda-benda bernyawa yan boleh menjadi pujaan seperti haiwan, dewa atau patung.

Di tengah pro dan kontra itu seni lukis berkembang di dunia Islam. Meski begitu, para arkeolog dan sejarawan tak menemukan adanya bukti adanya sisa peninggalan lukisan Islam asli di atas kanvas serta panel kayu. Hasil penggalian yang dilakukan arkeolog justru menemukan adanya lukisan dinding, lukisan kecil di atas kertas yang berfungsi sebagai gambar ilustrasi pada buku.
Salah satu bukti bahwa umat Islam mulai terbiasa dengan gambar makhluk hidup paling tidak terjadi pada masa pemerintahan Dinasti Umayyah (661 M -750 M) di Damaskus, Suriah. Hal itu dapat disaksikan dalam lukisan yang terdapat pada Istana keci Qusair Amrah yang dibangun pada 724 M hingga 748 M.

Selain itu, serambi istana Musyatta yang dibangun penguasa Umayyah di akhir kekuasaannya tahun 750 M, juga dipenuhi lukisan manusia dan binatang. Pada era kekuasaan Abbasiyah, penggunaan gambar makhluk hidup dalam lukisan dinding juga digunakan pada istana Juasaq Al-Kharqani yang dibangun oleh Khalifah Al-Mu'tasim pada 836 M-839 M.

Makhluk hidup juga menjadi objek lukisan di istana Dinasti Abbasiyah di era pemerintahan Al-Muqtadir (908 M-932 M). Dalam dinding istana itu, tergambar lima belas penunggang kuda. Lukisan ini dipengaruhi gaya Mesopotamia. Lukisan manusia juga terdapat dalam dinding istana Sultan Mahmud Gazna (wafat 1030 M).
Gambar prajurit serta perburuan gajah yang terlukis di dinding istana Sultan itu lebih banyak dipengaruhi seni dari India. Lukisan manusia dan makhluk hidup mulai berkembang pesat di era Dinasti Fatimiyah dan Seljuk antara abad ke-12 dan 13 M. Seabad kemudian, seni lukis miniatur berkembang pesat di era kekuasaan Dinasti Il-Khans--dinasti keturunan Hulagu Khan yang sudah masuk Islam.
Penguasa Il-Khans, seperti Mahmud Ghazan (1295 M-1304 M), Muhammad Khodabandeh (Oljeitu) (1304 M-1316 M), dan Abu Sa'id Bahadur (1316 M-1335 M) sangat menaruh perhatian pada perkembangan seni. Mereka memperbaiki kerusakan-kerusakan yang diakibatkan oleh invasi yang dilakukan leluhurnya terhadap dunia Islam.
Dinasti ini pun memperkenalkan gaya lukis Cina terhadap seni lukis miniatur Persia di zaman itu. Seni lukis miniatur Persia berkembang makin pesat di era kekuasaan Dinasti Timurid di wilayah Iran. Dipengaruhi gaya lukis Cina dan India, seni lukis miniatur Persia itu tampil dengan gaya yang unik. Seni lukis tradisi berkualitas tinggi juga berlangsung di era kekuasaan Dinasti Safawiyah.

Lantaran negara-negara Islam saat itu berbentuk monarki, seni lukis di setiap kota Islam sangat ditentukan pemimpinnya. Para penguasa Dinasti Safawiyah sebenarnya sangat mendukung para seniman. Salah seorang pemimpin Safawiyah yang mendukung kegiatan para seniman itu adalah Shah Ismail I Safav. Bahkan, dia mengangkat Kamaludin Behzad--pelukis kenamaan Persia--sebagai direktur studio lukis istana.
Lukisan Persia memiliki ciri khas tersendiri. Kebanyakan berisi sanjungan kepada raja dan penguasa. Selain itu, ada pula lukisan keagamaan yang menggambarkan interpretasi orang Persia terhadap Islam-- agama yang mereka anut. Lukisan Persia pun sangat termasyhur dengan penggunaan geometri dan warna-warna penuh semangat.
Yang lebih penting lagi, lukisan Persia dikenal mata ilustratif. Lukisannya mampu memadukan antara puisi dengan seni lukis. Bila kita melihat lukisan Persia, seakan-akan kita diajak untuk membaca sebuah kisah puitis yang mampu menumbuhkan rasa kepahlawanan. Hal itu terjadi, karena lukisan-lukisan itu diciptakan dan terinspirasi oleh syair-syair yang begitu luar biasa.

Penguasa Safawiyah mulai mencabut dukungannya kepada para seniman di era kekuasaan Shah Tahmasp I tahun 1540-an. Akibatnya, para seniman yang bekerja di istana Shah pergi meninggalkan Tabriz, Iran. Mereka ada yang hijrah ke Bukhara kawasan utara India. Tak heran, jika seni lukis berkembang di Kesultanan Mughal, India. Di wilayah ini, seni lukis dikembangkan oleh para seniman imigran.
Salah satu ciri khas seni lukis Mughal adalah lebih bernilai humanistik dibandingkan hiasan. Gambar yang dilukiskan lebih ke dalam bentuk realistik, dibandingkan dalam bentuk fantasi. Pada era kekuasaan Turki Usmani, seni lukis juga berkembang pesat dengan sokongan dari istana Sultan. Para penguasa Usmani memerintahkan para senimannya menggambar beragam bentuk peristiwa tentang kiprah Sultan, seperti pertempuran dan festival.

Di era kepemimpinan Sultan Sulaeman Al-Qanuni ada pelukis miniatur terkemuka bernama Nasuh Al-Matraki. Hampir semua karya lukis pada zaman ini tersimpan di Perpustakaan Istana di Istanbul. Begitulah seni lukis berkembang dari masa ke masa di era kejayaan Islam. Seni lukis yang khas dari setiap dinasti membuktikan bahwa umat Islam pada waktu itu mampu mencapai peradaban yang sangat tinggi di dunia.

Lukisan Tamadun China
Fahaman Daoisme mempunyai pengaruh kuat terhadap bentuk-bentuk seni Cina terutama seni catan dan kaligrafi dan ia menentukan sifat-sifat yang dianggap penting dalam kesenian tersebut.Ini jelas kerana seorang seniman Cina bertujuan menyelaraskan kegiatan penghasilan sesebuah hasil seni catan dengan prinsip-prinsip atau proses alam semesta.

Menurut fahaman ini, manusia boleh melakukan perbuatan dan kegiatan yang bersifat semulajadi dan spontan melalui proses pelukisan gambar kerana ianya satu cara bagi mengharmonikan diri dengan proses alam semesta.
Dalam catan lanskap Cina tradisional, elemen-elemen yang dilukis untuk mewakili alam semesta seperti gunung tinggi yang dipenuhi pokok-pokok , bukit-bukit dan air terjun, pokok-pokok kecil yang rimbun ,air sungai dan tasik dan lain-lain lagi.
Manusia boleh timbul dalam catan lanskap tersebut tetapi merupakan bentuk-bentuk yang kecil kerana menurut Daoisme, manusia cuma sebagai elemen yang kecil dalam dunia alam semesta yang amat luas dan besar ini.
Manakala kemahiran-kemahiran yang digunakan dalam tulisan kaligrafi atau huruf Cina, diaplikasikan oleh seniman-seniman Cina kepada penghasilan gerakan -gerakan berus yang terdapat dalam kaligrafi atau huruf Cina yang terdapat dalam sebuah lukisan ( catan) yang berjaya.

Kebolehan untuk menghasilkan imej-imej yang mempunyai ” imbangan, gerakan dan bentuk-bentuk yang betul” boleh diperolehi melalui latihan-latihan kaligrafi atau tulisan huruf Cina.
Lukisan dilukis pada kain sutera, tembikar dan sampang. Ia biasanya terdiri daripada potret manusia, gambar-gambar yang berlatarbelakangkan cerita-cerita metos dan peristiwa-peristiwa yang benar-benar berlaku. Seni lukis yang mula-mula sekali dihasilkan adalah dari orang-orang Buddha yang kemudian berkembang ke arah keduniaan. Pada zaman Dinasti Tang muncul pelukis teragung iaitu Wu Tao Yuan yang juga merupakan seorang sami Buddha. Dengan beberapa garis, dia telah dapat meletakkan satu lukisan yang bermutu tinggi di kanvas lukisannya.

Seni lukis mencapai kemajuan sebenar pada zaman Sung. Dua orang pelukis terkenal zaman ini ialah Kuo His dan Mi Fei. Pada zaman Dinasti Han, banyak lukisan potret dihasilkan. Tembok dihiasi dengan catan fresco menggambarkan tokoh terkemuka seperti ahli falsafah, raja-raja, negarawan. Kedatangan agama Buddha memberi motif baru dalam seni lukis. Corak lukisan lebih kepada gambar pemandangan seperti sungai, gunung ganang. Batu-batu dan salji.


Lukisan Tamadun Jepun


Jepun merupakan sebuah negara kepulauan yang mempunyai keadaan semula jadi yang amat sesuai untuk perkembangan sebuah tamadun sehingga mampu dikenali sebagai suatu bangsa yang kuat dan negara yang hebat sama ada dari aspek politik, ekonomi, kebudayaan dan sosial. Masyarakat Jepun amat menyedari kepentingan warisan tinggalan nenek moyang mereka dan ikatan atau hubungan mereka dengan tanah besar Asia walaupun secara realitinya mereka menjalani kehidupan yang berasingan iaitu sebagai masyarakat kepulauan.

Selain itu, aspek lain yang amat penting dengan masyarakat awal Jepun ialah kepekaan mereka terhadap sifat-sifat kedewaan. Misalnya, keindahan alam semula jadi yang terdapat di Jepun dianggap sebagai satu anugerah daripada dewa kepada kepulauan Jepun. Hal ini demikian kerana secara lagendanya, masyarakat Jepun mempercayai mereka berasal daripada Dewi Matahari iaitu bukan sahaja keturunan, tetapi meliputi asal-usul tanah dan negara Jepun itu sendiri. Kepercayaan asal-usul ini juga boleh dibuktikan melalui makna Nihon (Nippon) dalam bahasa Jepun yang membawa maksud asal matahari iaitu matahari terbit.

Hiroshige yang terlahir bernama Ando Juemon adalah dari keluarga biasa yang hidup dalam bersederhana. Namun pada umur 13 tahun, ia bersama kedua adiknya telah menjadi yatim-piatu dan harus menghadapi dunia fana yang tiada menentu.
Setelah mengalami kegagalan akhirnya ia diterima disebuah sanggar seni seorang seniman ternama bernama Toyohiro, waktu itu ia berumur 15 tahun. Gurunya dapat mengetahui bakat si anak yang luar biasa dan wataknya yang lurus, sehingga ia diberi gelaran sebuah nama iaitu Hiroshige. Hiroshige yang terdiri dari dua huruf Kanji (aksara Han Tiongkok), huruf pertamanya diambil dari namanya sendiri dan yang kedua dari nama si anak. Tak lama kemudian, si anak menerbitkan hasil karya seni perdananya. Waktu itu ia baru berumur 16 tahun.

Dari tahun 1780 sampai dengan tahun 1800 merupakan zaman keemasan kesenian Ukiyo-e dimana banyak seniman terkenal seperti Hokusai, Utamaro dan gurunya sendiri saling bersaing menyempurnakan seni aliran ini. Seni lukisan Ukiyo-e (genre paintings) adalah lukisan berdasarkan kejadian sehari-hari. Namun seperti yang terjadi di negara Eropah, seni hanya disajikan untuk dan dinikmati oleh kalangan elit dari masyarakat Edo. Oleh kerana itu, tema lukisan berkisar kehidupan para bangsawan atau figure wanita selebriti sedangkan lukisan pemandangan dengan kehidupan rakyat kurang diminati.

Namun di zaman Edo berikutnya yang disebut zaman kemunduran terjadi populerisasi-an seni ke masyarakat luas sehingga terjadi lonjakan permintaan atas barang seni. zaman kemunduran yang berkaitan dengan kejatuhan ekonomi menyebabkan segala percetakan harus dilakukan dalam jumlah besar untuk mencapai "economic of scale". Sehingga satu-satunya cara adalah memasarkan hasil seni kepada masyarakat luas dengan harga tinggi.

Hiroshige yang berkarya di zaman ini mendapat keuntungan tambahan kerana bukan saja ia berbakat lebih dari itu tema lukisannya mengenai rakyatt. Dalam lukisan-lukisan 53-Tahapan Tokaido misalnya ia menggambarkan aktiviti masyarakat Edo yang gemar mengembara mengunjungi tempat-tempat termasyhur dan tempat suci untuk beribadah walaupun harus menempuh perjalanan yang jauh. Oleh karena itu, Hiroshige juga dikenang sebagai seniman yang banyak berpenat lelah dalam merakyatkan seni ke masyarakat Jepun.

Menurut perputaran kehidupan kosmik yang menggariskan kehidupan manusia atas dasar perputaran 60 tahun (sexagenary cycle), mencapai umur 60 tahun adalah waktu bagi seseorang memikirkan apa yang telah ia capai dan menatap kehidupan berikutnya. Dan kiranya itupun yang mungkin terlewat dalam benak si anak genius. Setelah berkarya seni sepenuhnya, Hiroshige meninggal dengan tenang di umur 62. Ia dikebumikan di vihara Togakuji yang terkenal di kota Edo (sekarang Tokyo).

Lukisan Tamadun India

Sekitar 40 tahun lalu, lukisan 'maniture' telah menjadi popular di India dan Barat iaitu dikalangan pengumpul lukisan dan artis. Ini berdasarkan mutu dan hasil kerja yang bagus dimana adunan warna yang menarik selain dari aspek kepelbagaian gaya dan tema yang unik. Sebahagian kecil pakar seni lukisan 'maniture' ini telah menjadi ikutan dan telah berjaya menghasilkan lakaran yang bermutu. Antara penggiat seni India yang terkenal sekitar awal 1900 iaitu Coomaraswamy yang menghasilkan seni monograf diantara tahun 1910 hingga 1912 yang diharapkan dapat memberi pendedahan tentang nilai keindahan seni. Pada awal 1950, lukisan maniture ini semakin tenggelam kerana tiada penggiat seni yang berminat untuk meneruskannya.

Lewat 1950-an, dua orang pakar seni iaitu Ramgopal Vijaiwargiya dari Jaipur dan P.R Kapoor dari Delhi berjaya menjumpai ribuan lakaran dan ada diantaranya dihasilkan dengan kualiti yang amat mengkagumkan. Vijaiwargiya telah membeli hasil seni daripada Rajasthan di Kotah dan Jaipur. Manakala, Kapoor berjaya mengembalikan semula karya seni yang dikumpul kepada waris pelukis di Guler, Sangra dan Basohli. Hasil seni yang dimiliki oleh Vijaimargiya dan Kapoor juga merupakan antara karya yang dihasilkan oleh orang-orang Chamba di Himachal Pradesh. Ianya telah dipamerkankan pada 1976 oleh Stuart Cary Weich di Asia House Galeri di New York. Pameran ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Lukisan atau lakaran dapat menggambarkan keperibadian pelukis dan boleh menterjemahkan apa yang terdapat didalam minda dan imaginasi pelukis. Lukisan India tidak menggambarkan emosi pelukis melalui lukisan wajah atau muka, tetapi ia amat menitik beratkan postur dan gesture subjek tersebut.


Terdapat juga lukisan tamadun barat... Setakat ini sahaja saya mampu.. Untuk sejarah tamadun lain.. Saya akan masukkan dalam catatan saterusnya...



LUKISAN

Lukisan merupakan satu teknik menggambar atau hasil kerja seni yang dibuat untuk
meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau
menggunakan warna paling minimum.
  •  Lukisan adalah lanjutan daripada kegiatan melakar sebagai satu proses menghasilkan imej untuk tujuan luahan perasaan secara spontan.

  • Lukisan juga merupakan proses awal atau lakaran ringkas bagi merakamkan
    informasi visual kepada kegiatan lain seperti catan, cetakan, seni grafik, arca, kolej dan montaj.
Lukisan juga adalah satu karya seni atau hasil kerja seni yang dihasilkan di atas
sesuatu permukaan rata.
  •  Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel (contoh pensel B hingga 6B), pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat, krayon, pen marker, marker pelukisan dan kapur.
  •  Proses melakukan garisan, melorek ton dan menggosok juga dinamakan lukisan.

  • Aplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan ke atas sesuatu hasil kerja
    dinamakan lukisan.

  • Lukisan bergantung kepada penggunaan garisan yang nyata.


Antara hasil karya lukisan


Lukisan potret hasil karya aku

Lukisan potret Sultan Haji Sultanah Bolkiah
Hasil karya kawan seperjuangan aku( Taman Astakona) di UPSI

Lukisan aku menggunakan charcoal (arang)

Lukisan perspektif

Lukisan mempunyai pelbagai teknik dan kaedah. Melukis memerlukan latihan yang berterusan. Buku 'sketch' perlu ada setiap individu yang ingin bergelar seniman seni.